DEMAM Formula 1 (F1) kembali menyapa negara dengan kehangatan perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Ahad lalu.
Kemeriahan itu bukan sahaja dirasai oleh 261,000 penonton yang hadir di litar, malah segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia menyaksikan perlumbaan berkenaan dari rumah.
Bagi yang menonton perlumbaan tersebut, pasti perasan dengan kelibat Jalur Gemilang gergasi yang dicat di satu bahagian bukit di SIC.





