GARA-GARA kerap mengorek telinga, pelakon Zulkifli Ismail terkejut apabila doktor menemukan putik kapas yang dipercayai sudah lama tertinggal di dalam telinganya.
Zulkifli, 63, berkata perkara itu disedarinya ketika menjalani pemeriksaan susulan masalah hidung di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada Selasa lalu.
“Selesai membuat pemeriksaan hidung, Mister Edwin, doktor pakar telinga hidng dan tekak (ENT), memeriksa telinga.

Perkongsian yang dibuat Zulkifli di Instagram miliknya.






