WALAUPUN sudah banyak kali menerangkan keadaan dirinya, penyanyi Zubir Khan ada rasa terkilan apabila masih ramai bertanya tentang kecacatan pada bahagian tangan kanannya.
Apa lebih membuatkan dia lebih kecewa, Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, memberitahu ada pula menganggap dia menipu tentang kecacatan dialami demi secebis perhatian.
Kata Zubir, tanggapan dia menipu sebagai tidak logik kerana kecacatan dialami jelas dan minta netizen membuat kajian sebelum melontarkan tuduhan.
Zubir berkongsi perkara itu di sidang media meraikan kejayaan single OMK pada 13 Mei lalu.