PENYANYI Zubir Khan selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini Balasubramaniam dalam satu acara yang berlangsung pada Jumaat.
Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isterinya.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram MH, pasangan itu tampil segak dan anggun mengenakan persalinan tradisional India berwarna merah ketika majlis bersejarah tersebut.

Zubir (kiri) dan Dr Heama kini sah bergelar suami isteri.




