SELEPAS beberapa tahun cuba membina nama dalam bidang perniagaan, pelakon Zoey Rahman sudah boleh berasa bangga apabila jenama kosmetik keluaran syarikat miliknya iaitu Mika Series semakin menjadi pilihan dalam kalangan pengguna.
Bermula secara kecil-kecilan, Zoey atau Mohd Hairey Azhar Abdul Rahman tidak menyangka hasil penat lelah selama ini membuahkan hasil sehingga produk keluarannya dijual di lebih 150 rangkaian kedai serbaneka terkemuka.
Namun di sebalik kejayaan dikecapi hari ini, Zoey juga tidak terlepas berdepan dengan cabaran perniagaan apabila ada pihak cuba menjatuhkan dia.