PELAKON Zizie Izette Abdul Samad dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin daripada tiga pertuduhan bersubahat dengan arwah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta berkaitan pelaburan unit amanah bernilai RM150 juta.
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Zizie didakwa bersubahat dengan Bung Moktar yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad menerima wang rasuah sebanyak RM2.2 juta dan RM262,500 daripada Mahdi, serta RM337,500 daripada Norhaili.




