PELAKON Yusuf Bahrin mendedahkan isterinya yang juga penyanyi Zizi Kirana, sempat memohon maaf kepadanya menerusi kiriman audio sebelum bot yang dinaikinya dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipintas tentera Israel.
Menurut Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 33, Zizi memaklumkan kapal Israel sudah hampir dengan bot mereka, namun tetap tenang dan tidak menunjukkan sebarang perasaan takut.
“Mesej terakhir saya terima daripada Zizi adalah rakaman suara dia minta maaf.

Yusuf harap Zizi dalam keadaan selamat.






