PELAKON dan penerbit Zizan Nin terkilan dengan sikap bekas pekerja yang didakwa tidak profesional sehingga memburukkan namanya di media sosial, walaupun hubungan mereka sebelum ini berakhir secara baik.
Menurut Zizan atau Azizan Nin, 53, segala-galanya bermula selepas sesi temu duga keluar (exit interview) pada hari terakhir individu berkenaan bertugas, yang sepatutnya menjadi ruang untuk penilaian dan penambahbaikan bersama.
"Semasa exit interview saya cuma bercakap dari perspektif seorang majikan supaya dia berubah dan perbaiki kelemahan.







