PENYANYI Datuk Ziana Zain meluahkan rasa sedih apabila kedua-dua ibu bapanya, Allahyarham Robiah Abdul dan Zin Abdullah, tidak dapat menyaksikan detik bersejarah ketika dia menerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka pada Isnin.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 58, berkata pengiktirafan tersebut amat bermakna selepas lebih 30 tahun memperjuangkan kerjaya dalam bidang seni, apatah lagi ia diterima daripada negeri kelahirannya.
“Alhamdulillah rezeki Allah beri dan selepas 30 tahun kita berjuang dalam bidang seni ini dan akhirnya saya diiktiraf.

Ziana (kiri) menzahirkan ucapan terima kasih buat Anuar yang sentiasa memberikan sokongan.





