PELAKON Zed Zaidi sekali lagi diberi kepercayaan memimpin Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) selepas berjaya mempertahankan jawatan Presiden bagi penggal 2025 hingga 2028.
Pemilihan kepimpinan itu berlangsung sempena Mesyuarat Agung Tahunan Seniman kali ke-24 yang diadakan di Pawagam Mini P. Ramlee, Filem Kemajuan Nasional Malaysia (Finas), Hulu Kelang, Selangor, pada Khamis.
Zed atau Rozaidi Jamil, 45, memenangi pertandingan dua penjuru, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Seniman untuk satu lagi penggal.

Mesyuarat Agung Tahunan Seniman kali ke-24 berjalan lancar dengan kehadiran seramai 156 ahli.




