PELAKON Zarina Zainuddin tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap hubungan baharu anaknya, Azal, bersama seorang gadis dikenali sebagai Alesya.
Zarina, 55, sebaliknya berkata dia sudah cukup gembira melihat Azal atau Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan, 30, kembali ceria sejak mengenali Alesya, 22.
“Saya sudah gembira bila Azal tersenyum. Saya tak letak apa-apa harapan yang tinggi kerana sebagai ibu bapa, kami lebih memahami keadaan anak-anak.







