PELAKON Zarina Anjoulie memaklumkan dia selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kontroversi mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy.
Zarina atau lebih mesra dengan sapaan Anju, 38, berkata telefon bimbitnya juga diambil agensi berkenaan bagi melakukan siasatan lebih terperinci.
“Pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas. Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara,” katanya.

Zarina sentiasa berikan kerjasama dengan baik.






