PELAKON Zarif Ghazzi berpegang teguh pada pendirian untuk tidak sesekali menggadaikan batas agama semata-mata mahu kelihatan bergaya mengikut aliran fesyen masa kini.
Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, berkata, dia enggan untuk mengenakan aksesori dan perhiasan seperti rantai leher kerana menyifatkan ia sebagai satu dosa yang sepatutnya boleh dielak.
"Kenapa kita nak gadaikan dosa kita hanya untuk nampak stail atau berfesyen? Kenapa kita nak korbankan perkara itu sedangkan saya percaya pemakaian rantai ini satu dosa yang berterusan kalau dipakai sambil tidur, sambil makan.

Zarif bersederhana dalam berfesyen.





