PELAKON Zara Zya menegaskan dia tidak lagi akan menerima watak sebagai penyondol selepas menjayakan karakter Dhia dalam drama Luka Di Hujung Setia.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata watak seumpama itu tidak sesuai dengan dirinya dan selepas ini mahu lebih berhati-hati dalam memilih karakter pada masa hadapan.
"Ini pertama dan terakhir kali saya bawa watak penyondol. Lepas ni insya-Allah tak ada lagi.






