PELAKON Zara Zya memberi bayangan dia kini sedang berkenalan rapat dengan seorang lelaki, namun belum sedia untuk berkongsi secara terbuka kepada umum.
Menurut Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, pengalaman lalu juga membuatkan dia lebih berhati-hati apabila bercakap soal teman lelaki atau kisah peribadi.
“Saya tidaklah cakap tiada, tetapi tidak juga ada (pasangan). Kalau ada yang baik-baik, insya-Allah saya akan beritahu.

Zara lebih tenang apabila memikirkan soal jodoh.






