SEPERTI wanita lain, pelakon Zara Zya turut menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga bersama insan yang dicintai.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin bagaimanapun mengakui hasrat tersebut masih belum menjadi kenyataan walaupun usianya kini mencecah 40 tahun.
"Semua orang ada impian, saya pun ada keinginan untuk mempunyai pasangan," katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Netizen harap Zara bersabar menanti pasangan tepat.





