NAMA pelakon Janna Nick menjadi sebutan netizen selepas aktres Zara Zya mendedahkan pernah diperlekehkan seorang artis wanita pada awal kemunculannya dalam industri seni.
Menjelaskan perkara tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, menafikan individu yang digelar sebagai ‘J’ itu adalah Janna Nick seperti didakwa ramai.
Menurut Zara, Janna sebenarnya muncul dalam industri selepas dia terlibat dalam industri seni dan mereka juga tidak mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.

Kenyataan Zara sebelum ini menjadi perhatian ramai.







