SEORANG lelaki didakwa menyamar sebagai pelakon Zara Zya dengan tujuan memperdaya dan menipu mangsa bagi mendapatkan wang secara mudah.
Tidak berdiam diri dengan perkara itu, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, mendedahkan nama dan wajah lelaki berkenaan di media sosial miliknya bagi mengelak orang ramai ditipu olehnya.
“Lelaki ini menyamar sebagai diri saya dengan menghubungi mangsa secara bertulis dan bercetak melalui WhatsApp bertujuan menipu dan memanipulasi mangsa bagi mendapatkan wang.

Perbualan mangsa bersama individu tidak bertanggungjawab.







