PENYANYI rap Zamaera mencabar diri untuk keluar dari zon selesa apabila melancarkan single terbaharu berjudul Big Fish.
Zamaera atau Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28, berkata, lagu itu hasil ciptaan bersama penerbit muzik Daaliah merupakan titik permulaan untuk keluar dari zon selesa sebagai penyanyi independent.
“Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini agak konservatif.

Zamaera bakal muncul dengan album penuh tidak lama lagi.






