PENYANYI Zaki Yamani tidak menyangka mendapat banyak tawaran berlakon selepas kejayaan lagu nyanyiannya bersama Puteri Dahlia berjudul Aku Ada.
Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 19, berkata, pencapaian itu membuka lebih banyak peluang baharu termasuk dapat merealisasikan impian untuk mengintai peluang dalam bidang lakonan.
“Saya tidak tahulah selepas Aku Ada mendapat perhatian ramai, saya dapat lima tawaran berlakon termasuk drama dan filem.

Zaki akhirnya dapat merealisasikan hasrat untuk bergelar pelakon.






