Hiburan

Zahirah Macwilson menangis minta maaf, akui silap sentuh isu agama

PELAKON Zahirah MacWilson tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas hantaran Instagram berkaitan sambutan Halloween, Krismas dan Easter mengundang rasa kurang senang beberapa komuniti agama.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, dilihat sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyampaikan permohonan maaf tersebut.

Zahirah berkata, dia tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan segera memadam hantaran berkenaan selepas menyedari kandungannya boleh mengguris perasaan orang lain.

Hantaran yang dibuat oleh Zahirah sebelum ini.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh