PELAKON Zahirah Macwilson meluahkan rasa syukur dan gembira melihat penampilan terbaharu ibunya iaitu Maslinda Yusoff yang kini manis mengenakan hijab.
Kata Zahirah, 31, ibunya itu ada menyatakan hasrat untuk menutup aurat sejak beberapa bulan yang lalu.
"Ya saya sangat gembira untuk ibu saya. Memang dia dah cakap beberapa bulan lalu yang dia berniat nak pakai tudung.
Zahirah berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Ibu Zahirah bakal menunaikan haji pada bulan depan. 



