PELAKON Yusuf Bahrin memilih untuk tidak melayan segala spekulasi yang mendakwa kewujudan pihak ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri yang juga penyanyi Zizi Kirana.
Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana menganggap tindakan memberi reaksi hanya akan memburukkan lagi keadaan.
“Benda ini balik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh nak halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi.
Yusuf berkongsi perkara itu ketika ditemui media.

Yusuf dan Zizi sah cerai pada 2 April lalu. 



