PELAKON Yusuf Bahrin tampil menjawab spekulasi mendakwa rumah tangganya bersama penyanyi Zizi Kirana sedang bergolak.
Menafikan dakwaan tersebut, Yusof atau Muhammad Yusuf Bahrin, 34, dalam masa sama tidak pasti punca sebenar perkahwinan mereka dikatakan bermasalah.
“Tidak ada apa saya nak terangkan di sini, kami okay (hubungan). Semua dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah.






