PENGARAH dan penerbit prolifik Datuk Yusof Haslam menepis dakwaan kononnya peluang menghasilkan semula drama bersiri kepolisan popular, Gerak Khas diperoleh kerana mempunyai ‘kabel’ dengan stesen televisyen.
Sebaliknya Yusof atau Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 72, berkata, kepercayaan yang diberikan untuk menerbitkan Gerak Khas 2.0 untuk siaran di TV Sarawak (TVS) adalah hasil pengalaman dan rezekinya.
"Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Bukan kabel ya. Kadang-kadang orang anggap saya ada kabel untuk sambung buat siri ini. Lillahitaala tidak ada guna kabel.






