Hiburan

Yusof Haslam hati-hati keluar modal buat filem, beri bayangan sekuel ‘Sheriff’ bakal temui penonton

KEJAYAAN filem Sheriff: Narko Integriti meraih kutipan lebih RM60 juta tidak dijadikan satu pendorong buat penerbit Datuk Yusof Haslam untuk melabur besar dalam sekuel karya tersebut.

Memberi bayangan anaknya iaitu pengarah Syafiq akan memulakan penggambaran tahun hadapan, Yusof, 71, berkata dia perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan modal bagi sesebuah filem terbitannya pada masa akan datang.

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam pembikinan filem, dia yakin strategi berkesan lebih penting dalam mempromosikan filem.

yusof 3

Filem Sheriff arahan Syafiq mendapat sambutan baik.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh