GARA-GARA menunjukkan tanda sokongan terhadap isu kemanusiaan di media sosial, penyanyi Yuna kehilangan ribuan pengikut termasuk tawaran persembahan di luar negara.
Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 39, berkata, dia mula sedar tentang perubahan yang dirasainya sejak lantang bersuara berkongsi kandungan menyentuh isu kekejaman yang berlaku di Gaza.
“Saya tahu ia sukar tetapi saya di sini bersama kamu (Palestin). Saya lihat orang yang ada ramai pengikut dan platform besar tidak berkata apa-apa ketika kita semua dalam ketakutan melihat Gaza dimusnahkan secara langsung.

Yuna kehilangan ribuan pengikut termasuk tawaran persembahan di luar negara.





