PENYANYI Yazmin Aziz terus melakar pencapaian di peringkat antarabangsa apabila diundang untuk membuat persembahan sempena ARA Fest 2026 di Mongolia yang dijadualkan berlangsung sepanjang Julai.
Lebih membanggakan, undangan itu datang daripada penyanyi berasal dari negara berkenaan, iaitu Bayartsengel, yang meluahkan hasrat untuk berkongsi pentas bersama Yazmin.
Menerusi satu kenyataan, idea tersebut tercetus selepas Bayartsengel sendiri melihat Yazmin menyampaikan lagu berjudul Chigi Tigi Boom ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan tahun lalu.

Yazmin terus kembangkan kerjaya di peringkat antarabangsa.




