PELAKON Norman Hakim akhirnya tampil bersuara menjelaskan dia mendiamkan diri berhubung isu membabitkan anak perempuannya kerana memilih menyelesaikan masalah keluarga secara tertutup.
Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 47, berkata, dia dan keluarga mengambil iktibar dan menjadikan insiden yang ditimbulkan anak perempuannya itu sebagai pengajaran.
“Terima kasih juga kepada yang prihatin atas ujian buat keluarga saya baru-baru ini. Insya-Allah gerak hati dari-Nya untuk kami selesaikan secara tertutup.







