PELAKON dan usahawan, Wawa Zainal mendedahkan kos pembinaan rumah agam yang dibina bersama suaminya, Aeril Zafrel mencecah lapan angka.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, jumlah itu dianggap besar memandangkan harga bahan binaan ketika ini semakin meningkat.
"Kos rumah itu memang tinggi. Saya boleh cakap nilainya dalam lapan angka. Tapi faham sajalah, sekarang harga semua mahal," katanya kepada mStar.

Wawa dan Aeril bina rumah agam cecah puluhan juta ringgit.






