PELAKON Fasha Sandha tidak pernah ambil pusing selepas tular seorang warga emas tidak mengenali dirinya meskipun bergelar anak seni.
Bagi Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 41, dia juga menganggap dirinya sama seperti insan lain dan perkara sebegitu boleh terjadi kepada mana-mana artis.
"Mungkin ada golongan yang tak tengok atau tak suka drama. Mungkin mereka tonton program hal ehwal Islam. Jadi kalau tak kenal bukanlah satu perkara mengejutkan.







