Hiburan

Wani Syaz kini tunang usahawan 6 tahun lebih muda

DALAM diam, penyanyi Wani Syaz mendedahkan dirinya sudah menjadi tunangan kepada Habib Safwan, 23, dalam satu majlis yang berlangsung di kediamannya di Batu Pahat, Johor pada 27 Jun lalu.

Berkongsi tentang fasa baharu kehidupannya, Wani atau Nursyazwani Selamat, 29, memberitahu dia dan Habib mengambil masa selama tiga tahun untuk berkenalan sebelum sama-sama bersetuju mengikat tali pertunangan.

“Dalam tempoh tiga tahun kami ambil masa untuk saling mengenali dengan lebih rapat. Awalnya ada juga rasa takut nak bertunang, tetapi saya sendiri rasa tidak mahu terlalu lama. Kira-kira dua bulan lepas dia cakap untuk ikat hubungan ini dengan pertunangan dahulu.

Wani yakin dengan pilihan hatinya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh