SIMPATI nasib menimpa empat beradik, pelakon Norish Karman mengambil kanak-kanak itu menjadi anak angkatnya.
Kata Norish atau Nor Ashikin Karman, 50, dia terbuka hati untuk membantu empat kanak-kanak itu semasa negara dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020.
“Anak saya sebenarnya empat orang. Pada waktu Covid-19… tahun 2020 Allah hantar empat lagi orang anak. Mereka adik-beradik.