ADIK kepada penyanyi dan pelakon Allahyarham Nabil Zamanhuri iaitu Madihah memberitahu abangnya itu seorang yang sangat kuat bekerja.
Menurut Madihah, 25, arwah tetap bekerja walaupun hari cuti dan sering tidak cukup tidur kerana terlalu komited dengan tugas.
“Dia kuat sangat bekerja. dia terpaksa bekerja setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Kalau ada penggambaran selalu habis pukul 2 atau 3 pagi. Saya bukan ada maksudkan apa-apa, tapi itu saja.
Gambar kenangan bersama Nabil yang dikongsi Madihah di aplikasi X miliknya.