PELAKON Fadlan Hazim tampil menjelaskan ketiadaannya bersama kumpulan Versatility In Performance (VIP) semasa Konsert Tukang Gempak Adam yang berlangsung baru-baru ini.
Jelas Fadlan atau nama sebenarnya Fadlan Hazim Anuwar, 34, dia tidak mengetahui mengenai kemunculan istimewa tersebut malah tidak mendapat sebarang jemputan untuk persembahan berkenaan.
“Mereka tidak ajak saya semasa konsert itu. Kami ada sahaja berhubung, cumanya mereka tidak ajak saya untuk buat persembahan bersama,” katanya kepada mStar.

Fadlan berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






