PERKONGSIAN video pelakon Noniswara memujuk anaknya yang juga aktres Erysha Emyra untuk makan menarik perhatian ramai selepas klip berkenaan dimuat naik semula oleh peminat di laman Threads.
Dalam video berkenaan, Noniswara memberitahu anaknya itu sememangnya manja sejak kecil sehingga sering disuap oleh ahli keluarga.
“Ini sewaktu di hospital. Dia (Erysha) tiada selera makan dan terpaksa dipaksa untuk makan.

Perkongsian Noniswara (kiri) mengundang perhatian ramai.






