TIDAK berselindung lagi, penyanyi dan pelakon Kael akhirnya mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model dikenali Engku Sulwani.
Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien berkata, hubungan yang sudah terjalin sejak setahun lalu bukan sekadar suka-suka malah dia menyimpan hasrat untuk memperisterikan wanita berkenaan.
“Kami masih dalam fasa saling mengenali dengan lebih rapat. Walaupun ada perbezaan daripada segi kehidupan, agama dan bangsa, saya mahu ambil masa untuk belajar.

Kael berniat ingin mengahwini teman wanita.






