USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida tersentuh membaca luahan hati anaknya, Cik B yang seakan-akan kecewa apabila tidak dapat menjadi anak perempuan seperti diharapkan ibunya.
Kata Vida atau Hasmiza Othman, 54, dia tidak menyangka Cik B bertindak meluahkan isi hatinya di media sosial selepas cemburu melihat kemesraan bersama pempengaruh Kasih Iris Leona.
“Saya nampak perkongsian Cik B selepas ia viral, saya tak sangka dia buat perkongsian sebegitu. Tapi itu sangat menyentuh hati saya.

Antara momen Vida bersama Leona.






