SERING dilihat menghabiskan masa di Eropah, usahawan sensasi Datuk Seri Vida bukannya bercuti sebaliknya sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.
Vida atau Hasmiza Othman, 54, berkata, sejak menyambung pengajian untuk tempoh setahun dia banyak belajar tentang perkara baharu terutamanya tentang dunia pemasaran.
Malah kongsi Vida, kembali sebagai ‘pelajar’ di bumi asing turut membuatkan dia berasa lebih segar dan muda.

Vida dan Cik B melanjutkan pengajian di London Examination Board.






