PENYANYI Ani Maiyuni mengakui anaknya iaitu Viviana berdepan masalah kesihatan sejak awal menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).
Ani atau Aishah An-Nur Osman, 47, bagaimanapun menolak spekulasi yang mengaitkan keadaan anaknya dengan unsur mistik seperti yang pernah dialami oleh peserta musim terdahulu.
Malah, Ani berkata pihak produksi juga sudah memberi jaminan lokasi pertandingan yang berada di bangunan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berada dalam keadaan baik dan bebas daripada sebarang gangguan.







