MEMILIKI kira-kira 20 unit kediaman, usahawan sensasi Datuk Seri Vida mendedahkan sebahagian besar rumah itu dihuni pekerja serta saudara-mara yang tinggal secara percuma.
Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, pemberian itu dianggap sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial terhadap individu terdekat dalam hidupnya.
"Saya ada 20 buah rumah, tapi hanya sebuah rumah sahaja saya diami sekarang. Selebihnya saya bagi staf dan saudara-mara tinggal percuma. Bil api, air semua saya bayar.

Vida mempunyai 20 biji rumah.






