PENYANYI Shiha Zikir memberitahu dia sentiasa menjaga standard setiap kali membuat persembahan sama ada di kaca televisyen mahupun di acara korporat eksklusif.
Shiha, 36, berkata setiap undangan yang diterima dianggap sebagai amanah besar untuk memuaskan hati klien dan tetamu yang hadir.
"Syukur Alhamdulillah, saya memang selalu memenuhi undangan persembahan korporat sejak dulu. Persembahan seperti ini adalah antara sumber pendapatan penting untuk penyanyi.






