KAKAK sulung kepada pelakon Allahyarham Lydia Ibtisam mendedahkan arwah sempat menghasilkan sebuah karya terakhir bergenre nasyid yang masih belum dipersembahkan kepada umum.
Menurut Nur Iman Abdul Wahab, 53, idea penghasilan lagu berunsur ketuhanan itu datang daripada Lydia sendiri dan proses rakamannya juga sudah selesai.
“Kami adik-beradik sebenarnya ada buat satu lagu sama-sama. Kami memang nak lancarkan lagu itu tetapi tak sempat sebab dia dah tak ada.

Sekitar suasana pengurusan jenazah Allahyarham Lydia.






