Hiburan

[V] “Tak perlu wakil rakyat, cukup ada pempengaruh prihatin” – Aisar Khaled tuai pujian ramai, sanggup sertai konvoi iringoi jenazah Affan Kurniawan bersama ribuan penunggang e-hailing

PEMPENGARUH media sosial yang kini berpangkalan di Indonesia, Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup berkonvoi bersama ribuan penunggang motosikal e-hailing bagi mengiringi jenazah Affan Kurniawan, 21, yang maut selepas dilanggar kenderaan perisai polis berhampiran Bangunan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia pada Khamis [Tonton video].

Menerusi perkongsian di Instagram, Aisar dilihat membonceng sebuah motosikal bagi mengiringi jenazah Affan ke tanah perkuburan.

Malah momen dia memeluk ibu kepada Allahyarham Affan turut mengundang sebak pengikutnya hingga ruangan komen dibanjiri pelbagai pujian, malah ada netizen yang lantang membandingkan pengaruh yang dimiliki Aisar dengan wakil rakyat.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh