BERPEGANG teguh kepada prinsip tidak bersentuhan dengan pelakon wanita, aktor Yusuf Bahrin juga meluahkan rasa syukur apabila pendirian itu diterima baik oleh pihak produksi.
Malah, Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 32, berkata dia akan berbincang terlebih dahulu dengan mana-mana produksi yang memberikan tawaran sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
“Selalunya kalau ada tawaran produser akan hubungi saya dahulu. Saya akan bertanya tentang watak dan babak dalam lakonan. Jika ada babak bersentuhan yan terlalu ekstrem saya tidak akan terima.

Yusuf jaga batas dalam lakonan selepas berkahwin.






