KATA-KATA nasihat penyampai radio Sharifah Shahirah menjadi pembakar semangat buat pelakon Zulin Aziz untuk menyertai program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) yang berakhir pada malam Ahad.
Menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, pembabitannya dalam program lawak itu juga menjadi tanda dia kembali aktif dalam bidang seni selepas agak lama menyepi.
“Pada awalnya saya tolak untuk terlibat dalam MLS4, namun kata Shiera (Shahirah) telah membuka mata saya. Dia ada bertanya kenapa saya ‘tidur’ telalu lama dan tak muncul semula sehinggakan industri ini perlu ambil orang luar sebagai pengacara.

Zulin bersama kumpulan Zuara di pentas MLS4.






