PENYANYI Nabila Razali menolak dakwaan perkongsian mengenai lamaran diterima daripada Nik Iruwan Nik Izani hanya sekadar gimik pelancaran single terbaharunya, New Chapter.
Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 31, sebaliknya menjelaskan apa yang dikongsikan itu sebagai menjawab semua persoalan yang bertebaran mengenai hubungannya dengan bekas pelumba kereta litar Formula berkenaan.
“Apa yang Bella (panggilan Nabila) kongsi di media sosial itu harapnya terjawablah semua persoalan mengenai status Bella.

Nabila dan Nik Iruwan dilaporkan sudah bertunang pada Ogos lalu.






