PENYANYI Aisha Retno masih cuba mengejar segala kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya, terutama selepas kejayaannya memenangi kategori Album Terbaik menerusi Anugerah Industri Muzik (AIM25) dengan album RE.HAB.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipuljam, 26, berkata pelbagai perkara berlaku dalam hidupnya sepanjang tahun ini sehingga membuatkan dia tidak sempat untuk memikirkan setiap kritikan yang diterima.
"Sebenarnya, sejak tahun ini kerja saya terlampau back-to-back dengan kata-kata orang sama ada baik ataupun buruk. Daripada saya menjadi juri, muncul di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW), isu fesyen kereta api sarong, kemudian belum habis isu itu datang pula isu Anugerah Industri Muzik (AIM).







