IBU penyanyi Allahyarham Nidza Afham iaitu Irni Yusnita Istihat bersyukur jenazah anaknya dalam keadaan sempurna sebelum dikebumikan pada petang Khamis.
Irni, 54, berkata dia sempat melihat jenazah Allahyarham dimandikan dan sebagai ibu dia reda dengan pemergian anak kesayangannya.
“Tugas kita reda dan saya sangat bersyukur dan hati saya tenang apabila dilihat raut wajahnya semasa dimandikan.

Jenazah selamat dikebumikan sekitar pukul 6.32 petang Khamis.






