Hiburan

[V] Elly Mazlein elak stoking warna kulit, pilih putih terang demi elak fitnah… Ustaz Azli minta ambil iktibar

KEPUTUSAN pengacara dan pelakon, Elly Mazlein untuk sentiasa mengenakan stoking putih bukan sekadar soal gaya, sebaliknya dibuat dengan pertimbangan khusus bagi memastikan aurat terjaga serta mengelakkan sebarang salah faham.

Perkara itu dijelaskan Elly ketika berbual bersama Pengetua Maahad Ar-Raudhah (MARDHAH), Ustaz Mohd Azli Abdullah dalam sebuah video [Tonton Sini] yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Dalam perbualan tersebut, Elly turut berkongsi cabaran yang dihadapinya dalam menjaga aurat sebagai seorang personaliti yang aktif menghasilkan kandungan di media sosial, termasuk video santai yang kadangkala melibatkan pergerakan seperti berlari.

Elly Mazlein berkongsi pandangannya kepada Ustaz Ali selepas konsisten pakai stoking putih.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh